Biografi Rashid Sibir

Beliau dilahirkan di Sungai Nibung, Semerah, Batu Pahat, Johor. Beliau mula mendapat perhatian ramai sewaktu menghasilkan drama bersiri Mat Despatch. Drama yang diterbitkan oleh Berjaya Filem itu telah disiarkan oleh RTM dari 1996 hingga 2002.

Pengarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM ini, merupakan anak ke-11 daripada 13 beradik.

Filem pertama arahan Rashid ialah Sutera Putih. Filem itu telah mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1997. Persinggahan Abadi lakonan Susan Lankester dan Shaharuddin Thamby merupakan drama pertama arahan Rashid pada 1993.

Pada 31 Mac 2007, beliau semasa berumur 40 tahun menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan Nurulhuda Azizi, 26 di USJ, Subang Jaya, Selangor.[1]